GEORGE TOWN – Wanita Thailand yang ditemukan terdampar dalam keadaan lemah di tepi laut berhampiran Persiaran Karpal Singh di sini semalam kini dalam dilaporkan berada keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, mangsa sedang menunggu untuk dirawat di wad biasa di hospital berkenaan.
“Soalan pertama kepada polis apabila mangsa sedar ialah kenapa dia masih hidup.
“Dia kini stabil dan sedang menunggu untuk dipindahkan ke wad biasa di HPP,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Terdahulu, media melaporkan hasil tindakan pantas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPD TL) telah berjaya menyelamatkan mangsa wanita berusia 46 tahun yang ketika itu ditemui dalam keadaan lemah di persiaran Karpal Singh, kira-kira pukul 1.48 tengah hari semalam.
Mangsa merupakan pemastautin tetap Malaysia dan berkahwin dengan seorang lelaki tempatan.
Mangsa dikatakan cuba bunuh diri kerana teringatkan insan tersayang iaitu ibu mertuanya sempena musim Sembahyang Kubur (Ching Ming). – KOSMO! ONLINE