PETALING JAYA – “Umur dah 30-an, pemegang ijazah bidang kimia dengan biasiswa JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam), tetapi tiada kerjaya.”
Demikian pengakuan seorang wanita yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi, namun masih belum memiliki kerjaya yang bersesuaian dengan kelulusannya.
Menggunakan profil @izzti.is di media sosial, wanita itu turut berkongsi video dia sedang memasak dan memaklumkan dia mencari rezeki sebagai peniaga jalanan.
Dalam masa sama, wanita itu turut bertanyakan kepada orang ramai adakah dirinya gagal dalam kehidupan disebabkan ‘nasib’ tersebut.
“Tak pandai bisnes, tapi tengah mencuba nasib. Sekarang jadi peniaga jalanan. Adakah aku gagal?” soalnya.
Luahan wanita itu mengundang perhatian orang ramai yang tampil memberikan kata-kata semangat, malah tidak kurang juga ada pengguna media sosial yang berkongsikan pengalaman serupa.
“Tenang, (saya) pemegang PhD (Doktor Falsafah) dengan biasiswa JPA. Tiada kerja, selalu jadi tutor akhirnya aku meniaga makanan juga. Pendidikan untuk rohani kita, bukan lesen untuk cari rezeki,” kongsi @edin.
“Zaman sekarang memang tak boleh nak nilai orang kerja apa ya, semua orang bijak-bijak,” balas @Eika Jasmin.
“Aku (kelulusan) bidang kejuruteraan nuklear. Sekarang buat bisnes biskut, kek and pastri dan (kerja) sambilan menjahit. Kau rasa? Gagal? Aku pun tak tahu. Gelak sajalah,” kongsi seorang lagi netizen. – KOSMO! ONLINE
@izzati.is_ Semoga yang baik2 untuk saya 🤲🏻🥺 #April2025 ♬ I Miss You (Instrumental Version) – Jwlpiano_