fbpx

[VIDEO] Lamborghini Aventador tidak disita, JPJ hanya saman pemandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Lamborgini Aventador dipandu seorang lelaki warga China ditahan JPJ WPKL selepas didapati tidak mempunyai lesen memandu. - Foto oleh M FIRDAUS M JOHARI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengakutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) menjelaskan pihaknya tidak menyita kereta super sport Lamborghini Aventador yang dipandu seorang lelaki warga China tanpa lesen.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, pihaknya hanya mengeluarkan saman ke atas pemandu berkenaan dalam operasi bersepadu yang dijalankan di Jalan Bangsar, semalam.

“Kenderaan tersebut tidak disita kerana salah seorang penumpang memiliki lesen memandu yang sah.

“Jadi, kita hanya keluarkan saman kepada pemandu dan membenarkan penumpang berlesen sah membawa kenderaan tersebut pulang,” katanya ketika ditemui pada operasi khas bersepadu JPJ WPKL di Jalan Bangsar, malam tadi.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan JPJ menyita kereta mewah itu selepas mendapati lelaki warga China itu tidak mempunyai lesen memandu.

Terdahulu, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan bersama teman wanitanya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Damansara Heights selepas menghadiri majlis pelancaran sebuah restoran makanan segera di Kepong.

Menurutnya, dia yang bekerja sebagai pencipta kandungan dan sudah tujuh tahun menetap di Malaysia baru sahaja membeli kenderaan itu pada harga lebih RM2 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI