fbpx

UCL: Flick pening buat pilihan pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAVI mungkin menjadi pilihan Flick untuk mengetuai jentera tengah Barcelona apabila berdepan Dortmund awal pagi esok. - AFP

BARCELONA – Jurulatih Barcelona, Hansi Flick sedang dihimpit masalah besar untuk melakukan pemilihan tepat bagi mengisi jentera tengah pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara menentang Borussia Dortmund awal pagi esok.

Flick hampir pasti akan mempertaruhkan tiga pemain tengah terbaik khususnya bagi menampung ketiadaan Dani Olmo yang mengalami kecederaan sedangkan pemain itu dianggap cukup ‘masak’ dengan kualiti pasukan lawan.

Perhatian Flick kini lebih menjurus Gavi yang dijangka jadi pilihan paling sesuai buat Barcelona bagi hadapi cabaran kali ini biarpun memiliki pilihan lain iaitu Fermin Lopez.

Pemain berusia 20 tahun itu sudah pun menyerlahkan kualiti yang ada pada dirinya ketika berada dalam kesebelasan utama semasa Barcelona menentang Real Betis apabila membentuk gandingan bersama Pedri ketika melakukan tugasan menyerang ataupun bertahan.

Bagaimanapun, Lopez juga tidak kurang hebat apabila musim ini dia berjaya mendapat lebih banyak minit permainan berbanding Gavi, malah sudah terbukti mampu menghadirkan impak buat pasukan.

“Kami perlu menguruskan dengan baik usaha yang dipamerkan oleh pemain. Namun, kami tetap memerlukan khidmat setiap pemain dan Gavi berada dalam keadaan baik untuk bermain.

“Saya dapat rasakan pasukan kami ada keyakinan diri termasuk mereka yang berada di bangku simpanan. Kami begitu yakin dan perlu berjuang untuk menyerlahkan apa yang kami mampu ketika berada atas padang,” katanya.

Jika perbandingan dibuat, kedua-dua pasukan dilihat mempunyai peluang agak seimbang apabila Barcelona hanya mampu menang tipis 3-2 pada perhitungan awal semasa peringkat liga.

Bagaimanapun, Barcelona kini sedang berada pada prestasi terbaik selepas kekal tanpa kalah dalam 22 perlawanan terakhir, seri empat kali dan merekodkan 18 kemenangan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI