fbpx

Tindakan tegas jika naikkan harga santan cecah RM18 sekilogram 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. HAZIMIN (empat dari kanan) pada program Walkabout Pasar Awam Pasca SHMMP Aidilfitri 2025 di Pasar Bachang, Melaka. - Foto oleh AMRAN MULUP / KOSMO!

MELAKA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka memberi jaminan harga santan di seluruh negeri ini kekal pada harga antara RM15 hingga RM17 sekilogram (kg).

Pengarahnya, Dr. Mohd. Hazimin Jamaludin berkata, hasil pemantauan sepanjang Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena sambutan Aidilfitri 2025 selama 15 hari berakhir 7 April lalu, kenaikan harga bahan berkenaan tidak berlaku dan bekalan mencukupi hingga kini.

“Kita dapat maklumat akan berlaku kenaikan harga santan sebelum Aidilfitri tetapi hasil pemeriksaan ia tidak berlaku selain santan kita letakan sebagai harga
kawalan di bawah skim SHMMP.

“Kita adakan libat urus dengan pengusaha dan peniaga setelah mendengar mungkin berlaku kenaikan harga kerana bekalan kurang, tetapi apabila turun di lapangan tidak ada sebarang kenaikan harga seperti didakwa,” katanya pada sidang akhbar Program Walkabout Pasar Awam Pasca SHMMP Aidilfitri 2025 di Pasar Bachang, di sini, hari ini.

Tambah Mohd. Hazimin, pihaknya akan terus membuat pemantauan dan tindakan tegas akan dikenakan sekiranya terdapat pihak menaikkan harga mencecah RM18 sekilogram.

Mengulas lanjut beliau berkata, sepanjang tempoh skim SHMMP terdapat sebanyak tujuh kes direkodkan melibatkan kesalahan tidak menggunakan penandaan harga khas (merah jambu). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI