fbpx

[VIDEO]Tiada lesen memandu, JPJ sita Lamborghini Aventador

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JPJ menyita sebuah kereta mewah jenjs Lamborhgini Aventador dalam operasi khas bersepadu yang dijalankan di Jalan Bangsar, semalam. -Foto oleh M FIRDAUS M JOHARI/ KOSMO!
KUAL LUMPUR – Sebuah kereta super sport jenis Lamborghini Aventador yang dipandu seorang lelaki warganegara China disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ekoran tiada lesen memandu.

Lelaki berusia 28 tahun itu yang bersama teman wanitanya ditahan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Damansara Heights selepas menghadiri majlis pelancaran sebuah restoran makanan segera di Kepong.

Menurutnya, dia yang bekerja sebagai pencipta kandungan dan sudah tujuh tahun menetap di Malaysia baru sahaja membeli kenderaan itu pada harga lebih RM2 juta.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, kereta mewah itu antara 26 kenderaan yang disita dalam operasi khas bersepadu yang dijalankan di Jalan Bangsar, malam tadi.

Kata Hamidi, daripada 1,627 kenderaan diperiksa, sebanyak 211 kenderaan diambil tindakan serta 463 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Kesalahan tertinggi dikesan membabitkan tiada lesen memandu, tiada lesen kenderaan motor, tiada lesen vokasional termasuk tiada insurans dan pengubahsuaian kenderaan.

“Bagi kenderaan yang telah diubah suai, kita beri masa selama 10 hari untuk pemilik mengembalikan kepada keadaan asal sebelum diperiksa semula pihak JPJ,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Hamidi berkata, operasi bermula pukul 8 malam itu turut disertai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan jumlah keseluruhan petugas seramai 115 orang.

“Pihak JSPT telah mengeluarkan 30 notis saman sementara tiga daripada 29 warga asing yang diperiksa JIM ditahan kerana gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh AADK membawa kepada penahanan dua lelaki yang merupakan penunggang p-hailing termasuk seorang wanita,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI