fbpx

Terkejut duit raya anak cecah RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sepasang ibu bapa terkejut apabila mendapati jumlah duit raya yang dikumpul oleh anak mereka yang berusia lima tahun mencecah RM2,000 selepas sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Menerusi perkongsian Nurul Aina di Facebook, dia dan suami hanya menyedari jumlah itu ketika mengira semula semua sampul duit raya yang diterima anak mereka semalam selepas seminggu beraya di kampung dan rumah saudara serta kenalan minggu lalu.

“Saya memang tak sangka langsung. Setiap kali anak kami dapat duit raya, kami cuma masukkan dalam beg khas tanpa kira jumlahnya.

“Bila balik rumah dan mula kira, memang terkejut besar bila jumlahnya RM2,075,” katanya.

Tambah Aina, dia dan suami merancang untuk menyimpan kesemua duit tersebut ke dalam akaun tabung haji yang akan dibuka atas nama anak mereka.

“Memang duit itu hak anak, jadi kami akan pastikan ia digunakan untuk keperluan masa depannya. Insya-Allah, kami cadang buka akaun tabung haji untuk anak supaya dapat simpan setiap kali raya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI