fbpx

Sejam baru selesai bersalam raya dengan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan aktiviti bersalaman melebihi satu jam di sebuah hotel di Indonesia. - TikTok

JAKARTA – Sebuah keluarga besar di Indonesia mengundang perhatian ramai apabila aktiviti bersalaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini mengambil masa melebihi satu jam, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @illustrace_ menunjukkan perakam dan ahli keluarganya sedang bersalaman dengan keluarga lain di sebuah hotel. 

Lebih menarik perhatian, aktiviti bersalaman itu mengambil masa kira-kira satu jam setengah. 

Mereka terpaksa memakai tali penyandang (lanyard) berserta tanda nama agar dikenali oleh sanak saudara. 

Selain bergambar, mereka juga sempat melakukan aktiviti zumba bersama-sama. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 5.4 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. 

“Terpaksa pakai ‘lanyard’ untuk kenal satu sama lain adalah gila,” kata seorang netizen. 

“Definisi sebenar keluarga besar,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI