fbpx

Sapura Energy O&M peroleh kontrak bernilai RM40 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sapura Energy telah melatih lebih daripada 300 pelajar mengikuti latihan dalam bidang minyak dan gas. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sapura Energy Berhad (SEB) melalui anak syarikatnya,  Sapura Fabrication Sdn Bhd menerusi bahagian perniagaan operasi dan penyelenggaraan (O&M), telah mendapat kontrak untuk kerja-kerja penyelenggara, membina dan mengubahsuai kemudahan luar pesisir di Semenanjung Malaysia yang bernilai RM40 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif bagi Operasi dan Penyelenggaraan Sapura Energy, Nasri Mehat berkata, kontrak tersebut berkuatkuasa pada 10 Mac lalu untuk tempoh selama enam bulan dengan diberi pilihan untuk memanjangkan lagi tempoh berkenaan dalam enam bulan lagi.

Menurut beliau, skop kerja untuk projek berkenaan meliputi kerja-kerja penyelenggaraan utama, penambahbaikan kemudahan, sambungan dan pentauliahan untuk kemudahan brownfield dan greenfield, penyelenggaraan riser, sistem perangkap dan penyelenggaraan kemudahan tempat tinggal.

Ia juga meliputi pengurusan projek, kejuruteraan dan pembinaan pengurusan untuk aktiviti luar pesisir dan juga daratan, penyediaan peralatan serta juga perkhidmatan yang berkaitan.

“Kami berbangga kerana terlibat dalam penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan dan perkhidmatan pengubahsuaian bagi memastikan pelanggan kami sentiasa selamat dan juga dapat beroperasi pada kecekapan optimum.

“Kami amat menghargai kepercayaan yang berterusan dan sokongan daripada pelanggan kami  dan kekal komited untuk memberikan kecemerlangan dengan tahap keselamatan yang tertinggi,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI