Kami warga kerja dan keluarga dari Etihad Airways Abu Dhabi , Emiriyah Arab Bersatu (UAE) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin buat seluruh keluarga, saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai yang mengenali kami. Di harapkan Aidilfitri tahun ini dapat memberi kegembiraan yang penuh bermakna kepada kita semua.
Kami (belakang dari kiri) Firuz, Ahmad Rafil Adha, Izwan dan Ammar. (Depan dari kiri) Widad, Feri, Sarah, Dalila, Anis, Azlindahayu, Niny, Ekin, Haida dan Ara. Terima kasih dan Selamat Hari Raya.
Daripada: Ahmad Rafil Adha Abdul Rani
Lokasi : Abu Dhabi, UAE