fbpx

Remaja lelaki ditahan sunting gambar lucah, jual RM2 sekeping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KULAI – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan menyunting gambar lucah menggunakan wajah mangsa dan mengedarkannya di media sosial untuk dijual kepada orang awam.

Ketua Polis Johor, Komisioner Datuk M. Kumar berkata, kes itu terbongkar apabila seorang remaja perempuan berusia 18 tahun membuat laporan polis selepas mendapati wajahnya telah digunakan dalam gambar lucah yang tular di laman sosial.

“Pengadu telah membuat laporan polis Khamis lalu setelah mendapati gambar lucah yang telah disunting menggunakan gambar mukanya telah tular di media sosial.

“Pengadu turut memaklumkan gambar-gambar lucah itu turut cuba dijual secara atas talian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai berjaya menahan suspek di daerah ini kira-kira pukul 5 petang, semalam.

Menurutnya, pihak polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk menyunting dan memuat naik gambar-gambar lucah mangsa ke media sosial. Suspek yang masih bersekolah itu menjual gambar yang telah disunting itu dengan harga RM2 sekeping.

“Hasil soal siasat awal mendapati suspek telah menyunting gambar-gambar tersebut dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) berdasarkan gambar-gambar yang diperoleh dari akaun media sosial mangsa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI