fbpx

Remaja ditahan disyaki ‘buat hal’ terhadap pelajar tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG – Seorang remaja berusia 18 tahun yang disyaki meliwat seorang pelajar tahfiz di sebuah pusat pengajian, di sini ditahan polis hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa pada Ahad lalu.

Menurutnya, kejadian itu didakwa berlaku pada April tahun lalu apabila mangsa yang berusia 14 tahun dipercayai diliwat di dalam bilik air oleh anak kakitangan pusat tahfiz berkenaan.

“Suspek juga dikatakan melakukan perbuatan lain yang tidak senonoh terhadap mangsa.

“Akibat kejadian terbabit, mangsa kini mengalami trauma di atas perkara yang berlaku,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, kejadian itu terbongkar apabila rakan pelajar terbabit memberitahu insiden tersebut kepada ibunya yang memaklumkan perkara berkenaan kepada bapa mangsa.

Siti Kamsiah berkata, mangsa yang mengalami trauma tidak menceritakan kejadian itu kepada bapanya kerana bimbang dimarahi.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI