fbpx

Rampasan dadah di Kelantan menurun hampir 60 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pangkalan haram di Rantau Panjang.

KOTA BHARU – Rampasan dadah di Kelantan bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini menurun sebanyak hampir 60 peratus selepas penguatkuasaan larangan merentas Sungai Golok melalui pangkalan haram dilaksanakan sejak 1 Disember lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, rampasan dadah berjumlah RM2.23 juta direkodkan pada Januari hingga Mac tahun ini berbanding RM5.28 juta bagi tempoh sama pada tahun lalu.

Menurutnya, jumlah itu menunjukan penurunan sebanyak hampir 60 peratus atau RM3.05 juta.

“Walaupun tangkapan suspek melibatkan kes dadah masih banyak, tetapi jumlah rampasan mencatatkan penurunan. Jadi, bekalan dadah yang berada di pasaran tempatan juga sudah banyak terputus.

“In merupakan kesan positif kepada penguatkuasaan undang-undang menerusi Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963 iaitu larangan merentas sempadan secara haram,” pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di IPK Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff memberitahu, polis ketika ini sedang mempergiatkan usaha untuk mengekang penyeludupan dadah melalui laluan laut selepas kawasan Sungai Golok dikawal ketat ketika ini.

Menurutnya, pihak polis sentiasa bekerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk mematahkan cubaan menyeludup dadah masuk ke negara ini menggunakan jalan laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI