fbpx

Presiden China lawat Malaysia 15 April depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika membuat kunjungan hormat bertemu Xi Jinping sewaktu lawatan kerja ke China pada November tahun lalu. - Foto PEJABAT PERDANA MENTERI

PUTRAJAYA – Malaysia akan menerima kunjungan lawatan negara oleh Presiden China, Xi Jinping bermula 15 hingga 17 April depan.

Perkara itu dimaklumkan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Fahmi berkata, Jemaah Menteri hari ini dimaklumkan bahawa lawatan ini bukan hanya dinantikan.

“Ini (lawatan) adalah sebahagian daripada usaha Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan yang mana kita ingin melihat hubungan perdagangan yang lebih baik dengan pelbagai negara termasuk negara China,” katanya.

Katanya, maklumat penuh dan terperinci mengenai jadual lawatan negara ini akan dimaklumkan oleh Kementerian Luar dalam masa terdekat.

Ditanya agenda utama perbincangan kedua-dua negara ketika lawatan Presiden China itu nanti, Fahmi berkata, perkara itu boleh dirujuk dengan Wisma Putra.

Difahamkan, lawatan Jinping ke Malaysia adalah lanjutan daripada lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China pada November tahun lalu.  Kali terakhir Jinping melawat Malaysia adalah pada Oktober 2013 bagi lawatan negara selama tiga hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI