fbpx

‘Post-raya syndrome, kenapa raya tahun ni rasa sekejap sangat…?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – “Mungkin sebab itulah kenapa kehidupan selepas raya terasa sedih, hampa dan sedikit kosong atau aku seorang ja yang rasa?”

Itu antara perkongsian orang ramai yang masih belum ‘move on’ rutin kehidupan seperti biasa selepas ‘sakan’ meraikan sambutan Aidilfitri sepanjang minggu lalu.

“Rupa-rupanya perasaan hampa dan kosong selepas raya itu namanya ‘post-holiday blues’ atau ‘post-festivity syndrom’ sebab sepanjang raya kita mengalami lonjakan emosi positif kerana di kelilingi insan tersayang.

“Tetapi selepas raya, semua kembali seperti biasa. Memulakan rutin, rumah menjadi sunyi dan kembali bekerja meninggalkan keluarga yang didampingi 24 jam semasa raya,” kata Marni Hamimi.

Kesan ‘post-raya syndrome’ turut dikongsikan netizen lain, malah ada yang mendedahkan masih mengalaminya sehingga ke hari ini.

“Betul rasa kosong, asyik teringat minggu lepas masa ni tengah buat apa, tapi tak boleh patah balik,” komen @yana liana.

“Rindu nak ulang kembali Isnin minggu lepas. Dapat jumpa mak ayah, berkumpul adik-beradik, bersembang dan bergelak ketawa ramai-ramai,” ujar @laila.

“Kenapa puasa dan raya tahun ni rasa macam sekejap sangat,” luah @marr. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI