fbpx

Permainan bantu pulih emosi kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak yang bermain permainan sekali gus menjadi terapi buat mereka yang menetap di PPS Masjid Putra Heights dan Dewan Camellia.

SUBANG JAYA – Suasana suram di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ekoran tragedi letupan paip gas di Putra Heights bertukar ceria apabila kira-kira 140 kanak-kanak yang ditempatkan di situ menerima sumbangan permainan.

Sumbangan berupa mainan itu disalurkan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ke PPS Masjid Putra Heights dan Dewan Camellia, sebagai usaha memulihkan emosi dan keceriaan dalam kalangan anak-anak mangsa yang terkesan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Abbas Salimi Che Adzmi berkata, inisiatif tersebut bukan sekadar membawa hiburan, malah berperanan sebagai bentuk terapi emosi kepada kanak-kanak yang masih menyesuaikan diri dengan situasi yang penuh tekanan.

“Saya difahamkan permainan ini asalnya mainan terpakai, tetapi semuanya telah dicuci dan disanitasi sebelum diserahkan ke PPS. Ia bertujuan untuk menceriakan dan menggembirakan anak-anak yang berada di sini.

“Ini adalah kali pertama kita menerima sumbangan dalam bentuk permainan, dan saya lihat sendiri permainan ini masih elok, selamat serta boleh digunakan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut beliau, ini merupakan kali pertama PPS menerima sumbangan dalam bentuk permainan dan reaksi positif daripada kanak-kanak membuktikan ia sangat diperlukan.

“Kita fokus kepada keseluruhan mangsa termasuk anak-anak, ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Bantuan ini tidak dikhususkan untuk satu segmen sahaja, tetapi merangkumi semua,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI