fbpx

Perdagangan dua hala Malaysia, New Zealand sasar meningkat 50 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul ketika mengadakan perjumpaan dengan Duta Besar New Zealand ke Malaysia, Michael Wehi Mailetonga Walsh

PETALING JAYA – Malaysia komited untuk meningkatkan perdagangan dua hala sebanyak 50 peratus dengan New Zealand atau anggaran RM25.67 bilion menjelang tahun 2030.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, sasaran itu mampu dicapai melalui kerjasama yang sudah lama terjalin, diperkukuh lagi dengan taraf Perkongsian Strategik sejak 2023 dan lawatan Perdana Menteri New Zealand tahun lalu.

Jelasnya, Malaysia menghargai rakan dagang seperti New Zealand terutama dalam ekonomi global yang tidak menentu.

“Untuk mencapai sasaran 50 peratus itu, Malaysia sedia bekerjasama rapat dengan New Zealand untuk meneroka peluang baharu, terutama dalam sektor pembuatan bernilai tinggi, ekonomi digital dan tenaga boleh baharu.

“Sektor-sektor ni selaras dengan fokus kita dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu (#NIMP2030),” katanya di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, kerjasama erat dalam inovasi dan teknologi berpotensi melonjakkan perdagangan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI