fbpx

Penunggang maut motosikal bertembung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian selepas berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Kuantan-Kemaman malam tadi.

KUANTAN – Seorang pemuda maut selepas motosikal jenis Honda Beat yang ditunggang berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Kuantan-Kemaman di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian pada pukul 8.40 malam itu berlaku sewaktu mangsa, Muhammad Sad Faiz Md. Yushak, 28, dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Balok di sini.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, secara tiba-tiba sebuah kereta jenis Hyundai Getz masuk ke simpang sebelum berlaku pelanggaran dengan motosikal mangsa.

“Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta tidak cedera,” katanya hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI