fbpx

Penduduk lari tinggalkan kediaman angkara dapur jiran terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika melakukan operasi pemadaman api di sebuah rumah di Flat Asoka, Mutiara Perdana, Bayan Lepas, hari ini.

GEORGE TOWN – Suasana di Flat Asoka, Mutiara Perdana, Bayan Lepas di sini bertukar kecoh apabila penduduknya berlari meninggalkan kediaman sebaik menyedari kebakaran berlaku di sebuah rumah di aras dua blok tersebut, pagi tadi.

Rata-rata mereka bergegas turun ke pekarangan bawah blok sebaik melihat kepulan asap tebal keluar dari bahagian depan dan belakang rumah berkenaan.

Difahamkan, penghuni kediaman itu tiada di rumah semasa kejadian berlaku kira-kira pukul 10.15 pagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 10.30 pagi tadi.

Menurutnya, operasi pemadaman kebakaran melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru dengan bantuan dari BBP Seri Balik Pulau dan Paya Terubong.

“Sebaik pasukan tiba di lokasi kejadian mendapati kebakaran berlaku melibatkan bahagian dapur sebuah rumah dengan anggaran peratusan kemusnahan adalah sebanyak 40 peratus.

“Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat. Pasukan bomba dapat mengawal kebakaran pada pukul 10.51 pagi tadi dan berjaya dipadamkan sepenuh selepas beberapa minit kemudian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI