fbpx

Pemandu lori pindah 53 berbiri, kambing secara haram didenda RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Ismail (kiri) didenda RM1,500 kerana memindahkan 53 berbiri dan kambing tanpa kebenaran JPV di Mahkamah Majistret Besut hari ini.

BESUT – Gara-gara memindahkan 32 ekor bebiri dan 21 ekor kambing tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) , seorang pemandu lori didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nurliyana Md. Zukri menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohamad Ismail Ab. Rahman, 33, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Beliau juga mengarahkan hasil jualan haiwan terbabit berjumlah keseluruhan RM18,913.50 itu dilucutkan hak kepada kerajaan.

Berdasarkan pertuduhan, Mohamad Ismail didakwa memindahkan 32 ekor bebiri dan 21 ekor kambing tersebut secara haram tanpa kebenaran JPV
Terengganu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Kampung Padang Landak, pada pukul 11.30 malam, 21 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Perenggan 4 (1) (b) Perintah Menteri Besar bagi Kawalan Penyakit Kuku dan Mulut dan Hawar Berdarah Negeri Terengganu 2023.

Berdasarkan perintah itu, Mohamad Ismail berhadapan hukuman denda maksimum RM15,000 mengikut subseksyen 36 (7) Akta Binatang 1953 jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI