fbpx

Pantai popular bertukar biru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pantai Playa del Cura bertukar biru selepas berpuluh ribu obor-obor dihanyutkan ke darat. - Jam Press

MADRID – Sebuah pantai popular di Sepanyol bertukar warna biru selepas puluhan ribu ubur-ubur terdampar di darat, lapor akhbar The Sun UK kelmarin. 

Kejadian berlaku di pantai Playa del Cura, Pulau Gran Canaria. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial memaparkan seluruh pasir pantai itu dipenuhi dengan ubur-ubur kecil berwarna biru. 

Haiwan marin tersebut dihanyutkan ke pantai selepas Sepanyol dilanda ribut. 

Fenomena itu juga berlaku susulan beberapa faktor termasuk pemanasan laut dan peningkatan pencemaran. 

Menurut akhbar Daily Express, meskipun mempunyai persamaan dengan Portuguese man o’ war, ubur-ubur biru agak tidak berbahaya namun, ia boleh menyebabkan kerengsaan kulit ringan jika disentuh. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI