fbpx

Ops HRA: 7,592 saman dikeluarkan di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZMIL memeriksa lesen memandu seorang pemandu bas ekspres dalam Ops Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 di Plaza Tol Skudai, Johor Bahru malam tadi. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Sebanyak 7,592 notis saman telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor sepanjang pelaksanaan Ops Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 yang berlangsung dari 31 Mac hingga hari ini.

Pengarahnya, Azmil Zainal Adnan berkata, sepanjang tempoh sembilan hari operasi itu, pihaknya telah memeriksa 23,715 buah kenderaan di seluruh negeri dengan memberi tumpuan kepada aspek pematuhan peraturan keselamatan jalan raya.

“Antara kesalahan utama yang direkodkan ialah gagal memiliki Lesen Memandu Malaysia (1,696 kes), tiada atau gagal memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (1,423 kes) dan tiada perlindungan insurans (1,036 kes).

“Selain itu, kesalahan teknikal seperti tayar tidak disenggara (101 kes), brek gagal berfungsi (38 kes) dan lampu brek tidak menyala (116 kes) turut dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, seramai 329 pemandu juga dikenal pasti memandu secara berisiko tinggi dengan melanggar sembilan kesalahan utama yang sering menjadi punca kemalangan maut.

“Sebanyak 106 buah kenderaan turut disita kerana didapati tidak selamat dan tidak layak berada di atas jalan raya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI