fbpx

Ops HRA: 4,459 saman dikeluarkan di sekitar ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamidi ketika ditemui pemberita selepas memantau operasi khas bersepadu yang dijalankan JPJ WPKL di Jalan Bangsar, semalam. - Foto oleh M FIRDAUS M JOHARI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) mengeluarkan sebanyak 4,459 notis kompaun atas pelbagai kesalahan sepanjang pelaksanaan Operasi khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) sejak 24 April lalu.

Ketua Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, sebanyak 15,490 kenderaan diperiksa melibatkan jalan-jalan utama sekitar ibu negara.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sejumlah 1,729 kenderaan telah dikenakan tindakan, manakala 24 kenderaan dikenakan tindakan sita.

“Kesalahan tertinggi direkodkan melibatkan lesen tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans berjumlah 1,367 dan sebanyak 1,026 notis dikeluarkan bagi kesalahan tiada lesen memandu.

“Sejumlah 875 notis dikeluarkan babit kesalahan kenderaan barangan, kesalahan teknikal (524), kesalahan lain (413), kesalahan utama (294), dan kenderaan perkhidmatan awam (60),” katanya pada sidang akhbar Operasi Bersepadu JPJ di Jalan Bangsar, semalam.

Hamidi berkata, pemeriksaan secara menyeluruh juga dijalankan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan di Terminal Bersepadu Gombak (TBG), melibatkan pemerkasaan teknikal kenderaan, lesen dan permit.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat segelintir pemandu bas dikesan melakukan pelbagai kesalahan seperti penggunaan telefon bimbit ketika memandu, ketiadaan pemandu kedua, dan kesalahan lain,” jelasnya.

Kata Hamidi, sepanjang tempoh operasi dijalankan, JPJ WPKL turut bejaya menggagalkan cubaan menyeludup arak yang tidak bercukai dengan kerjasama daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI