fbpx

[VIDEO] Nahas tiga kenderaan kerana abang kejar adik ikut teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP LAYAR kemalangan tiga kenderaan di KM 308 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara, Kampar semalam yang berpunca kerana insiden sebuah kereta mengejar MPV. - FOTO MEDIA SOSIAL

KAMPAR – Kemalangan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 308 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara di sini semalam berpunca kerana insiden sebuah kereta mengejar kenderaan pelbagai guna (MPV).

Difahamkan, insiden itu berpunca kerana perselisihan faham berkaitan isu kekeluargaan yang membabitkan seorang lelaki memandu Honda City mengejar adiknya yang dikatakan mengikut teman lelaki menaiki Proton Ertiga.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, pihaknya menerima dua laporan berkaitan kemalangan itu pada pukul 10.46 pagi semalam yang tular dalam media sosial.

Katanya, kemalangan tersebut tidak mengakibatkan kemalangan jiwa, namun siasatan awal mendapati terdapat unsur jenayah yang berlaku sebelum kemalangan itu berlaku.

“Kejadian berlaku di lorong kanan lebuh raya apabila salah satu kenderaan terbabit didapati membrek secara mengejut yang menyebabkan ia dilanggar dari arah belakang oleh dua kenderaan lain.

“Kemalangan berpunca daripada perselisihan faham di antara dua kenderaan itu dan berlaku aksi kejar mengejar sebelum salah satu kenderaan membrek secara mengejut,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengesahkan kejadian itu membabitkan pemandu Honda City bertindak mengejar adiknya yang dikatakan mengikut teman lelaki menaiki Proton Ertiga dan kes itu telah dirujuk tersebut dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Selangor. – KOSMO! ONLINE

@azim.thirtyfour Replying to @misssaa184 ♬ original sound – Azim ThirtyFour

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI