fbpx

Meta sekat penstriman ‘live’ remaja di Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Munsif News

WASHINGTON – Syarikat gergasi teknologi, Meta memperluaskan fungsi keselamatannya dengan memperkenalkan Akaun Remaja buat pengguna Instagram di bawah usia 16 tahun, lapor agensi berita United Press International semalam. 

Menerusi sekatan baharu itu, pengguna terbabit tidak dibenarkan untuk menggunakan ciri siaran langsung (live) tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga. 

Mereka juga tidak boleh mematikan fungsi kabur automatik dalam mesej peribadi, demikian menurut kenyataan Meta. 

Akaun Remaja akan menutup pemberitahuan pada waktu malam dan hanya membenarkan mesej masuk daripada akaun yang mereka ikuti. 

Ciri keselamatan itu juga akan diperluaskan di platform Facebook dan Messenger yang menawarkan perlindungan automatik serupa bagi mengehadkan kandungan tidak sesuai serta hubungan tidak diingini. 

“Ini adalah kemas kini utama yang akan mengubah penggunaan dan pengalaman remaja di Instagram. 

“Kerja kami tidak terhenti di sini. Langkah ini dapat memberikan ketenangan kepada ibu bapa berhubung perlindungan dalam aplikasi Meta,” tambah syarikat itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI