fbpx

Mangsa perlu sokongan moral, bukan hanya bantuan fizikal – Isteri MB Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masdiana ketika menyantuni mangsa di PPS Masjid Putra Heights hari ini. - Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI / KOSMO!

SUBANG JAYA – Mangsa tragedi letupan saluran paip gas di Putra Heights bukan hanya memerlukan bantuan fizikal semata-mata, tetapi juga sokongan moral yang berterusan bagi membantu mereka bangkit semula.

Isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad berkata, dalam kunjungannya ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights hari ini, beliau melihat sendiri keadaan mangsa yang masih trauma dan sedih dengan apa yang berlaku.

“Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang bertemu dengan beberapa keluarga mangsa. Kunjungan ini lebih kepada memberi sokongan moral, bertanya khabar dan mendengar luahan mereka.

“Kadang-kadang, dalam situasi seperti ini, mereka bukan sekadar memerlukan bantuan fizikal, sebaliknya mereka memerlukan seseorang yang sudi mendengar dan memberi semangat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Dalam kunjungan tersebut, Masdiana turut menyampaikan sumbangan berupa set mewarna, buku lukisan dan bahan bacaan kepada kanak-kanak selain sejadah dan telekung kepada warga emas yang terjejas.

Tambah beliau, tempoh enam bulan pertama adalah fasa paling mencabar buat mangsa untuk membina semula kehidupan.

“Enam bulan pertama ini penting sebagai fasa pemulihan dan selepas itu mereka perlu bangkit sendiri, namun saya percaya ramai yang akan terus membantu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI