fbpx

Lima telco kecualikan bayaran perkhidmatan prabayar, pascabayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi pada sidang akhbar mingguan di Putrajaya di sini, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights dikecualikan bayaran perkhidmatan prabayar dan pascabayar bagi tempoh tertentu sebagai langkah meringankan beban kewangan mereka.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, inisiatif itu ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara termasuk CelcomDigi, Maxis, TM Unifi, U Mobile dan Yes.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat di peringkat Kementerian Komunikasi menerusi syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi sokongan dan bantuan kepada mangsa-mangsa terkesan.

“Kami berharap ia dapat meringankan beban kewangan,” katanya ketika sidang akhbar mesyuarat pasca Kabinet, di sini hari ini.

Katanya, selain pengecualian bayaran, bantuan lain termasuk penggantian peralatan dan kad SIM secara percuma kepada pelanggan yang terjejas serta akses 5G percuma disediakan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Putra Heights.

Fahmi berkata, bentuk bantuan yang ditawarkan berbeza mengikut syarikat dan akan disesuaikan mengikut keperluan dari semasa ke semasa, tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan.

“Oleh itu, mangsa yang terjejas boleh hadir ke kaunter bergerak syarikat telekomunikasi di PPS, hubungi talian hotline utama syarikat berkaitan, atau hadir ke mana-mana cawangan berdekatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI