fbpx

Lelaki Jerman maut akibat serangan jantung ketika tunggang basikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki warga Jerman itu dipercayai maut akibat serangan jantung ketika menunggang basikal di Jalan Perlop, Sungai Siput hari ini.

SUNGAI SIPUT – Seorang lelaki warga Jerman maut selepas dipercayai terjatuh daripada basikal yang ditunggang berhampiran Masjid Perlop 1, Jalan Perlop 1 di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Deputi Superintendan Mohd. Rohaizimi Razali berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 10.46 pagi membabitkan lelaki warga emas berusia 67 tahun.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa menunggang basikal bersendirian dari rumahnya di Ipoh ke Sungai Siput.

“Apabila sampai di lokasi, basikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan.

“Pemeriksaan awal mendapati tiada kerosakan pada basikal kecuali kesan calar selain barangan peribadi termasuk wang dan telefon bimbit masih bersama si mati,” katanya di sini hari ini.

Mayat lelaki asing itu dihantar ke Hospital Sungai Siput. Laporan bedah siasat menunjukkan punca kematian lelaki itu akibat serangan jantung.

“Setakat ini, tiada unsur jenayah dalam kes penemuan mayat mangsa. Mangsa dikatakan sering menunggang basikal di kawasan tersebut sama ada secara bersendirian atau berkumpulan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI