PETALING JAYA – Lelaki berusia 57 tahun yang ditahan kerana membuat ugutan jenayah terhadap anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dibebaskan hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, lelaki berusia 57 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis susulan tamat perintah reman selama dua hari.
“Suspek direman selama dua hari sejak semalam dan akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, media melaporkan individu berkenaan ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pada pukul 12.10 tengah malam, semalam.
Rusdi dilaporkan berkata, penahanan dibuat susulan laporan mengenai satu hantaran di laman Facebook.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 506, 505 (b) Kanun Keseksaan serta 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. – KOSMO! ONLINE