fbpx

Lapan kematian pada hari raya ke-10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,832 kes kemalangan jalan raya membabitkan lapan kematian direkodkan di seluruh negara setakat semalam.

Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, secara keseluruhan sebanyak 3,842 kes kemalangan dicatat pada Isnin dan Selasa lalu.

“Pada Sabtu, JSPT menerima 2,010 kes kemalangan membabitkan lapan kematian, manakala hari berikutnya terus menurun dengan 1,832 kes dan lapan kematian.

“Statistik merekodkan penurunan 178 kes dan tiada perubahan bagi jumlah kematian berbanding hari sebelumnya,” katanya ketika memaklumkan statistik harian kemalangan sempena Aidilfitri hari ini.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi undang-undang terutama menjelang musim perayaan minggu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI