fbpx

Koperal polis tertembak kepala sendiri masih kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis yang dipercayai tertembak diri sendiri kini dilaporkan kritikal di Wad ICU, Hospital Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Anggota polis berpangkat Koperal yang dipercayai tertembak diri sendiri dalam kejadian di pos pengawal, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, petang semalam dilaporkan masih kritikal.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, anggota berusia 58 tahun itu kini ditempat di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Anggota masih kritikal dan belum menjalani sebarang pembedahan. Dia ketika ini berada di bawah pemantauan doktor pakar,” katanya kepada Kosmo! di sini, sebentar tadi.

Mengulas lanjut katanya, setakat ini seramai empat anggota polis sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berlaku.

“Pemeriksaan awal mendapati anggota terbabit tiada sebarang masalah kesihatan dan siasatan akan dijalankan dari pelbagai sudut,” ujarnya kes disiasat di bawah Seksyen 39, Akta Senjata 1960.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan seorang anggota polis lelaki dilaporkan mengalami kecederaan parah pada kepala selepas dipercayai tertembak diri sendiri dengan sepucuk pistol ketika berada di bilik pengawal IPK Pulau Pinang.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.12 petang itu apabila mangsa yang bertugas di Cawangan Kem Komandan ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan kecederaan akibat tembakan pada jarak dekat.

Siasatan awal di tempat kejadian mendapati satu das tembakan telah dilepaskan daripada sepucuk pistol yang digunakan mangsa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI