fbpx

Kelapa segar tempatan bakal tembusi pasaran China – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad ketika menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

PETALING JAYA – Malaysia mahu meneroka pasaran baharu yang luas membabitkan komoditi kelapa segar tempatan khususnya ke Republik Rakyat China.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, usaha itu kini sedang giat dilakukan pihaknya dan perkara itu telah dibentangkan ketika menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.

Jelasnya, antara agenda mesyuarat terbabit adalah berkaitan dengan Protokol Keperluan Fitosanitari bagi Pengeksportan Kelapa Segar dari Malaysia ke Republik Rakyat China.

“Perbincangan ini merupakan satu langkah penting ke arah memperkukuhkan hubungan perdagangan agrikultur antara Malaysia dan China.

“Usaha ini juga membuka ruang pasaran yang lebih luas kepada para pekebun dan pengusaha industri kelapa tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa, khususnya ke Republik Rakyat China,” katanya pada hantaran di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, kementeriannya akan terus komited dalam meneroka pasaran baharu.

Malah katanya, kementerian itu sedia mempertingkatkan daya saing produk pertanian negara di peringkat global. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI