fbpx

Kebakaran paip gas: Pentadbiran negeri sumbang lebih RM100,000 kepada Tabung Prihatin Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika sidang akhbar hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

SHAH ALAM – Selangor menyasarkan sebanyak RM102,500 hasil sumbangan anggota pentadbiran kerajaan negeri ke Tabung Prihatin Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini sebagai tanda solidariti pihaknya terhadap mangsa-mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya dekat sini.

Katanya, semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan menyumbang sebanyak RM1,000 manakala Ahli Dewan Negeri sebanyak RM200 daripada gaji mereka.

“Untuk penjawat awam yang bergred 48 dan ke atas akan menyumbang RM50. Kemudian menerusi Tabung Prihatin ini akan membantu proses-proses pemulihan yang sedang dirancang dan direncanakan kerajaan negeri,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Dewan Annex, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini.

Kata beliau, pihaknya yakin mampu mengumpulkan satu dana signifikan susulan telah menerima komitmen daripada pelbagai pihak yang ingin membantu mangsa.

“Dana itu nanti dapat menampung keperluan tambahan termasuk sewa dan baik pulih. Tabung ini dibuka atas permintaan daripada mereka sampaikan sumbangan wang terhadap mangsa-mangsa secara langsung pada kerajaan negeri.

“Mulai malam ini juga, terdapat laman sesawang khusus yang akan menerangkan penyaluran sumbangan-sumbangan telah disalurkan kepada mangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI