fbpx

Kane diramal calon juara Ballon d’Or

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE

MUNICH – Legenda Jerman, Jurgen Klinsmann mendakwa penyerang utama Bayern Munich, Harry Kane seharusnya dipertimbangkan sebagai salah seorang pemenang Anugerah Ballon d’Or seterusnya.

Klinsmann yang memenangi Piala Dunia 1990 berkata, Kane layak berada dalam tiga teratas Ballon d’Or dan ia bergantung kepada keputusan akhir Bayern dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

“Jika anda pergi sekurang-kurangnya ke separuh akhir, mungkin jika menang UCL, ia akan datang (Ballon d’Or) dengan sendirinya,” kata Klinsmann.

Sebagai rekod, Michael Owen muncul pemain England terakhir yang memenangi Ballon d’Or selepas meraih anugerah itu pada 2001.

Klinsmann yang mempunyai karier hampir sama seperti Kane apabila berpindah dari Tottenham Hotspur ke Bayern berkata, beliau melihat persamaan dengan laluan kerjayanya sendiri.

“Dia (Kane) menghadapi situasi serupa dengan apa yang saya hadapi di peringkat kelab. Sehingga saya meninggalkan Spurs dan pergi ke Bayern, saya belum memenangi sebarang gelaran kelab.

“Saya selalu berkata jika dia meninggalkan Spurs pada satu masa tertentu, dia akan mendapat peluang untuk memenangi gelaran dengan pasukan kelabnya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI