fbpx

Jiran sesak nafas sewaktu bantu padam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dua rumah di di Kampung Gelong Gajah, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Sembilan orang dari dua keluarga termasuk seorang kanak-kanak berusia enam tahun tinggal sehelai sepinggang selepas dua rumah didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Gelong Gajah berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Razali Ismail di sini malam tadi.

Kebakaran pada pukul 10.30 malam itu turut menyebabkan seorang jiran mangsa dipaksa dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas sewaktu membantu memadamkan api.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Thoyyibah Taib berkata, sepasukan 22 anggota bomba bergegas ke lokasi kebakaran sebaik menerima laporan berhubung kebakaran terbabit.

“Jentera dan pasukan bomba tiba pada pukul 10.46 malam dan berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya pada pukul 12.59 tengah malam tadi.

“Kita menghadapi masalah untuk tiba ke lokasi kebakaran ekoran laluan masuk yang sempit serta dipenuhi orang ramai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Thoyyibah berkata, kebakaran terbabit turut memusnahkan empat buah motosikal dan dua buah kereta milik mangsa.

Beliau berkata, seorang jiran lelaki yang sesak nafas ketika membantu memadamkan kebakaran telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk menerima rawatan.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI