fbpx

Jangan mudah ambil jalan pintas – Hannah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY (kiri) dan Thinaah dikaitkan dengan spekulasi mengatakan mereka bakal meninggalkan BAM dan bergerak profesional selepas ini. 

TREND pemain-pemain badminton kebangsaan yang mengambil keputusan untuk keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sedikit sebanyak menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Kebelakangan ini, semakin kerap kedengaran pemain-pemain negara mengambil keputusan meninggalkan badan induk itu untuk bergerak secara profesional dengan spekulasi terbaharu melibatkan beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah.

Hannah berkata, tindakan penaja-penaja menarik keluar pemain-pemain kebangsaan menjadi profesional bukanlah satu langkah baik untuk pembangunan bakat sukan dalam negara.

“Saya tidak ada masalah kalau ada atlet keluar untuk jadi profesional, cuma sokongan yang diberikan kepada atlet di bawah program BAM dan atlet profesional cukup berbeza. Pemain-pemain profesional memiliki jurulatih dan penaja sendiri.

“Ini tidak semestinya bagus untuk pembangunan bakat negara. Pesanan saya kepada atlet adalah jangan mengambil jalan singkat kerana ia mungkin nampak lumayan tetapi ia tidak berkekalan,” katanya.

HANNAH

Pada majlis itu, seramai 50 orang murid menerima insentif RM100 setiap seorang pemberian Kelab Sukan JETS atas kecemerlangan mereka dalam bidang sukan masing-masing.

Tambah Hannah, pemain-pemain tidak boleh terikut-ikut dengan rakan sepasukan yang lain mengambil tindakan meninggalkan badan induk kerana risau kebajikan mereka tidak terjaga sekiranya prestasi merudum.

“Bukan semua atlet profesional boleh jadi seperti Lee Zii Jia, sebab itu jangan terikut-ikut apabila ada seseorang pemain atau atlet mengambil keputusan untuk bergerak secara profesional.

“Tidak semestinya infrastruktur sokongan sokongan itu padu. Selama ini ramai pemain badminton berada di bawah BAM dan kalau ranking jatuh, BAM masih menjaga atlet itu sehingga jurulatih mengambil keputusan untuk digugurkan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI