fbpx

Hujan lebat, ribut petir dijangka berterusan hingga malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri sehingga puku 7 malam ini.

Menurut MetMalaysia, antara kawasan yang dijangka terjejas termasuk seluruh negeri Perlis serta beberapa daerah di Kedah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

Katanya, di Perak pula, kawasan terlibat termasuk Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta.
“Ribut petir turut dijangka berlaku di Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Setiu, Hulu Terengganu, Dungun serta Kemaman).

“Selain itu beberapa kawasan di Pahang turut terjejas seperti Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, diikuti Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) serta seluruh negeri Johor,” kata METMalaysia.

Sementara itu, kawasan terlibat di Sarawak termasuk Sibu, Mukah (Matu dan Dalat), Kapit (Belaga), Bintulu (Sebauh), Miri (Subis, Beluru dan Telang Usan) serta Limbang.

Di Sabah pula, ribut petir dijangka melanda kawasan pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), dan Sandakan (Kinabatangan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI