fbpx

EPL: Van Dijk mungkin kekal di Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAN DIJK bakal mengakhiri kontraknya di Anfield pada hujung musim ini dan rundingan perjanjian baharu dijangka bakal berjalan. - AFP

LIVERPOOL – Kapten Liverpool, Virgil Van Dijk memberi khabar gembira buat penyokong setia The Reds selepas pihak pengurusan bersetuju untuk berbincang mengenai lanjutan kontraknya yang bakal berakhir penghujung musim ini.

Sebagai rekod, masa depan Van Dijk menjadi tanda tanya apabila tidak ditawarkan sebarang kontrak baharu meskipun berjaya membantu Liverpool mendahului carta Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Selain Van Dijk, dua lagi pemain sensasi The Kops, Mohamed Salah dan Trent Alexander-Arnold turut menerima nasib yang sama apabila kontrak mereka bakal berakhir musim ini sekali gus boleh berhijrah secara percuma.

“Sudah ada progres mengenai perbincangan lanjutan kontrak. Cuma, saya tidak boleh berikan butiran terperinci dan kita tunggu dan lihat.

“Apa yang boleh saya katakan, saya sayang dengan kelab ini dan bangga dengan penyokong setia kami. Fokus sebenar adalah untuk menghadiahkan kejayaan kepada mereka pada penghujung musim nanti,” katanya.

Sementara itu, Van Dijk mengakui pasukan tidak bermain dengan baik ketika tewas 2-3 kepada Fulham dalam saingan EPL di tempat lawan, Ahad lepas.

“Saya rasa kita bernasib malang pada perlawanan itu dengan melakukan kesilapan individu yang boleh dielakkan. Tiada pasukan yang sempurna dan penting untuk pasukan bangkit pada perlawanan seterusnya nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI