fbpx

Dua remaja hamil lepas ajak bapa saudara, sepupu 11 tahun ‘bersama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusoff (tengah) bercakap pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat IPK Kelantan di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Dua remaja hamil selepas masing-masing melakukan perbuatan sumbang mahram dengan sepupu dan bapa saudara di lokasi berasingan di Kelantan baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan mendapati, kedua-dua kejadian itu berlaku selepas remaja perempuan meminta untuk melakukan perhubungan dengan saudara mereka sendiri.

Menurutnya, kes pertama dilaporkan berlaku melibatkan remaja berusia 15 tahun yang mengandung selepas melakukan perbuatan sumbang mahram dengan sepupunya yang berusia 11 tahun.

“Kita terkejut apabila menerima laporan daripada ibu bapa remaja itu yang mengatakan anak mereka hamil hasil hubungan dengan sepupunya. Lebih mengejutkan, remaja tersebut yang meminta untuk melakukan hubungan itu.

“Satu lagi kes melibatkan remaja berusia 13 tahun yang hamil hasil perhubungan dengan bapa saudaranya yang berusia dalam lingkungan 20-an. Kedua-dua kes sumbang mahram ini sama iaitu remaja perempuan mengajak saudara mereka untuk tidur bersama,” katanya katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di IPK Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, terdapat juga kes rogol ‘suka sama suka’ melibatkan remaja berlaku semasa ibu bapa ada di rumah.

Menurutnya, ibu bapa tahu bahawa ada lelaki masuk ke dalam bilik anak mereka, namun membiarkan perbuatan maksiat tersebut.

“Apabila anak hamil, baru ibu bapa melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Sedangkan, kejadian itu berlaku atas dasar ‘suka sama suka’.

“Perbuatan anak-anak mereka itu terbongkar apabila kehamilan sudah mencapai sehingga tujuh bulan. Ketika itu, baru ibu bapa melaporkan kepada pihak polis malah ada yang terus merahsiakan kehamilan anak mereka sehingga bersalin.

Mohd. Yusoff berkata, siasatan mendapati, kes rogol melibatkan remaja dan sumbang mahram berlaku berpunca daripada konflik keluarga, kesibukan ibu bapa bekerja dan percintaan bawah umur.

Menurutnya, selain itu, pengabaian daripada aspek agama dan kehidupan yang jahil tentang agama turut menyumbang kepada perbuatan sumbang mahram.

“Siasatan turut mendapati, 30 peratus daripada jumlah keseluruhan kes rogol di Kelantan berlaku disebabkan dadah. Apabila kita membuat ujian air kencing, ramai dalam kalangan mangsa atau suspek yang terlibat positif dadah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI