fbpx

Dijel 2 tahun langgar perintah sekatan, alasan mahu jumpa ibu sakit 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks Mahkamah Seremban

SEREMBAN – Seorang duda dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret Seremban di sini, hari ini, atas pertuduhan melanggar syarat perintah sekatan.

Majistret, Nurul Saqinah Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd. Amirul Afizam Mat, 38, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melanggar syarat perintah sekatan di bawah Seksyen 15 Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang dikenakan kepadanya pada 21 Januari 2022 sehingga 2 Oktober 2024 yang mana tertuduh didapati meninggalkan Mukim Setul tanpa kebenaran.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah kedai basuh kereta di Taman Permai, di sini, kira-kira jam 10 malam 27 Julai 2024.

Selain itu, tertuduh turut mengaku bersalah merosakkan dan menghilangkan alat peranti elektronik (EMD) yang dipakainya mengikut Seksyen 15 Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun jika disabit bersalah.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nik Nur Aqilah Syarfa Nik Zaidi memohon mahkamah agar menetapkan satu tarikh lain bagi sebutan fakta dan hukuman bagi kesalahan merosakkan EMD. Mahkamah kemudiannya menetapkan 21 Mei depan dan tiada jaminan ditawarkan.

Tertuduh yang diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Syed Fadil Syed Othman merayu hukuman penjara paling minimum dari tarikh ditangkap.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didapati merosakkan dan menghilangkan EMD serta meninggalkan Mukim Setul dengan alasan mahu berjumpa dengan ibunya yang sakit berusia 68 tahun. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI