fbpx

CUCKOO jadualkan semula tarikh penyenaraian di Bursa Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurusan kanan CUCKOO pada majlis pelancaran prospektus syarikat di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – CUCKOO International (MAL) Berhad (CUCKOO Malaysia)  akan menjadualkan semula tarikh bagi Penawaran Awam Permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia) ekoran ketidakstabilan pasaran global semasa.

Penyenaraian saham syarikat pada asalnya dijadualkan pada 30 April 2025, kini dijangka selesai pada 24 Jun ini.

Keputusan tersebut diambil dengan penuh teliti hasil penilaian menyeluruh oleh pihak pengurusan syarikat  dalam usaha memastikan kejayaan dan kemampanan kemasukannya ke dalam pasaran awam.

Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, Hoe Kian Choon (KC Hoe) berkata, memandangkan cabaran yang sedang dialami oleh pasaran dalam jangka masa terdekat, pihaknya percaya bahawa ini adalah satu keputusan yang wajar.

“Kami kekal yakin dengan prospek jangka panjang  dan terus komited untuk mengekalkan momentum syarikat dalam semua segmen perniagaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Susulan perubahan jadual ini, CUCKOO Malaysia akan mengeluarkan prospektus tambahan dan membuka tempoh penarikan balik permohonan langganan pelabur bagi para pelabur yang telah membuat permohonan IPO tetapi berhasrat untuk menarik balik permohonan mereka.

Permohonan untuk tawaran IPO masih dibuka dan kini akan ditutup pada 5 Jun 2025 dengan penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia dijadualkan pada 24 Jun 2025. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI