fbpx

‘Atuk’ salah jalan, pandu kereta masuk lorong motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sebuah kereta Perodua Axia dipandu seorang lelaki warga emas yang tersalah lorong memasuki laluan motosikal, semalam.

SEBERANG PERAI – Polis menahan seorang lelaki warga emas yang memandu kereta di laluan motosikal berhampiran Plaza Tol Bandar Cassia, Batu Kawan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Jay January Siowou berkata, pihaknya telah terkesan satu video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok berdurasi 36 saat oleh pemilik akaun Daus Fishing.

Katanya, video berkenaan memaparkan tindakan seorang pemandu kereta jenis Perodua Axia yang melalui laluan motosikal.

“Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3.30 petang semalam dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik kemudiannya berjaya mengesan pemandu terbabit dan dibawa ke IPD SPS.

“Siasatan lanjut mendapati pemandu berusia 75 tahun itu dalam perjalanan ke Batu Kawan dari Butterworth dan hanya menyedari yang dia tersalah masuk ke lorong motosikal selepas dihon oleh kenderaan lain, namun tetap meneruskan perjalanannya.

“Pemandu itu telah disaman mengikut Kaedah 8(3) Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 kerana tidak mematuhi papan tanda di laluan trafik,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 36 saat yang memaparkan sebuah kereta dipandu melalui lorong motosikal di Plaza Tol Bandar Cassia. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI