fbpx

Anggota tentera baran didakwa sekali lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh dibawa anggota polis ketika hadir di Mahkamah Majistret Seremban di sini, hari ini.

SEREMBAN – Seorang anggota tentera yang menumbuk seorang wanita pada minggu lalu, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban di sini, hari ini atas pertuduhan khianat dengan merosakkan pintu depan kereta milik mangsa.

Tertuduh, Abdul Hafiz Abu Bakar, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan khianat terhadap harta benda dengan cara merosakkan pintu depan kanan kereta milik mangsa, Syairah Md Sharom 28.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 10.20 malam di Taman Satria, Senawang di sini pada 29 Mac lalu.

Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dengan memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh minimum setahun dan boleh sampai lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nadia Ezzati Mohd. Zainal menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Abdul Hafiz yang diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Syed Fadil Syed Othman memohon jaminan rendah memandangkan anak guamnya menanggung dua anak masih kecil, isteri serta ibu bapa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI