fbpx

Anak saudara, bukan saya yang bertunang – Fairuz Selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fairuz menafikan sudah bertunang dengan seorang wanita.

PETALING JAYA – Gara-gara memuat naik foto bersama seorang gadis, penyanyi Fairuz Selamat disangka telah melangsungkan majlis pertunangan.

Menurut Fairuz atau nama lengkapnya Mohd. Fairuz Selamat, 40, ramai yang tersalah sangka dan akaun media sosialnya dibanjiri dengan ucapan tahniah.

“Gegak gempita media sosial saya dengan mesej ucapan tahniah. Untuk menjernihkan keadaan, sebenarnya anak saudara saya yang bertunang, bukan saya.

“Kalau saya yang bertunang, sudah tentu kalian akan dijemput,” tulisnya dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam Facebook.

Tambah bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) itu lagi, pertunangan anak saudaranya begitu istimewa kerana mereka berdua sangat rapat.

“Syahirah ini antara anak saudara yang membesar dengan saya. Melekat dengan acu dia dari kecil. Sampaikan dulu kalau saya balik universiti, dia demam sebab rindukan acu dia. Tapi sekarang kalau jumpa acu dia, dia demam,” tulisnya.

Terdahulu hantaran Fairuz dalam InstaStory mencetuskan spekulasi bahawa penyanyi itu telah mengikat tali pertunangan pada Syawal ke-7. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI