fbpx

70 peratus wanita Malaysia kurang kena cahaya matahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. Foto oleh ASWAD YAHYA

PETALING JAYA – Sekiranya seseorang individu itu berasa letih, lesu serta murung walaupun menikmati tidur dan makan mencukupi ketahuilah bahawa anda sebenarnya kurang terdedah dengan cahaya matahari.

Public Health Malaysia (PHM) memaklumkan, selain itu, kekurangan vitamin D juga boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai simptom rambut semakin banyak gugur, sakit belakang semakin menjadi-jadi dan rasa kosong.

“Ramai wanita di Malaysia sedang melalui perkara sama. Apa yang mengejutkan, 60 hingga 70 peratus wanita Malaysia sebenarnya kekurangan vitamin D sedangkan negara kita kaya dengan cahaya matahari.

“Tetapi disebabkan gaya hidup moden bekerja dalam pejabat, bertutup sepenuhnya, kurang masa di luar menyebabkan tubuh tidak sempat menyerap cahaya matahari yang diperlukan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut PHM, sekiranya seseorang individu itu sudah mencuba pelbagai cara, tetapi masih berasa ‘kosong dalam terang’, bermungkinan inilah jawapannya.

“Ambillah masa untuk diri sendiri. Keluar sebentar, biar kulit rasa hangat cahaya pagi.

“Sinar matahari mungkin tidak mengubah semua, tapi ia boleh menjadi titik mula untuk rasa yang lebih baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI