KINSHASA – Sekurang-kurangnya 50 ekor badak air mati akibat keracunan antraks di Republik Demokratik Congo (DRC), lapor laman akhbar Metro UK semalam.
Bangkai mamalia terapung di sungai itu dilihat oleh renjer di selatan Tasik Edward, yang memisahkan DRC dari Uganda.
Pegawai-pegawai dari Taman Negara Virunga, kawasan perlindungan tertua di Afrika berkata, bangkai kerbau juga boleh dilihat hanyut di sungai.
Ujian-ujian perubatan mengesahkan bahawa haiwan-haiwan itu mati akibat antraks.
Bateria antraks boleh hidup di dalam tanah sejak berdekad-dekad lalu dan merebak apabila haiwan menyedut spora cendawan.
Ia boleh hidup di dalam tanah selama beberapa dekad dan kebiasaannya merebak apabila haiwan menyedut spora cendawan di kawasan meragut. – AGENSI