fbpx

47 remaja cedera akibat mercun di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lima jari tangan kiri seorang remaja yang putus selepas terkena letupan mercun buatan sendiri dalam kejadian di Tumpat pada 26 Mac lalu. FOTO IHSAN JKNK

KOTA BHARU – Seramai 47 remaja cedera akibat bermain mercun dan bunga api di Kelantan sejak awal Ramadan lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, kesemua kes berkenaan melibatkan kecederaan ringan sehingga kepada kecederaan parah.

Menurutnya, daripada jumlah kes tersebut, sebanyak 12 kes kecederaan parah dan 16 kes telah dimasukkan ke wad.

“Sebanyak dua kes dirujuk ke hospital pakar iaitu Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

“Selebihnya, mangsa hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri Wellness Hub Kelantan di Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zaini memberitahu, kebanyakan mangsa terdiri daripada kanak-kanak yang berusia 15 tahun ke bawah.

Katanya, kes kecederaan akibat mercun berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk melibatkan kanak-kanak bawah umur dan bermain mercun yang diubah suai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI