fbpx

43 pusat asuhan, tadika di Kelantan ditutup akibat HFMD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Sebanyak 43 premis pusat asuhan dan tadika di Kelantan ditutup susulan penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sejak Januari lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, kesemua premis itu telah ditutup sehingga tempoh dua minggu untuk proses sanitasi dan pencegahan sebelum dibenarkan kembali beroperasi.

“Sebanyak 4,591 kes HFMD dicatatkan di negeri ini bermula Januari hingga 5 April lalu dan jumlah itu meningkat 10 kali ganda bagi tempoh sama tahun lalu.

“Meskipun berlaku peningkatan, namun kes HFMD di Kelantan masih mendatar dan tidak dipengaruhi pergerakan keluar masuk perantau ketika Ramadan atau Syawal,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri Wellness Hub Kelantan di Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Zaini (dua dari kiri) semasa hadir ke Majlis Hari Raya Aidilfitri Wellness Hub Kelantan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu hari ini. – Foto oleh ROSMIZAN RESDI / KOSMO!

Mengulas lanjut, Zaini memberitahu, langkah pencegahan tetap dijalankan selain tahap kebersihan perlu diambil berat terutamanya ibu bapa di tadika dan pusat asuhan kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI