fbpx

30 kenderaan Thailand salah guna ICP, tinted gelap dalam pemantauan JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JPJ memeriksa kenderaan pada Majlis Penutup Operasi HRA JPJ 2025 di Akademi JPJ Wilayah Timur, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Kota Bharu malam tadi. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Lebih 30 buah kenderaan Thailand dikesan menyalahgunakan Permit Edaran Antarabangsa (ICP) dan menggunakan cermin gelap (tinted) sepanjang Ops Tunggak.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Mohd. Misuari Abdullah berkata, kenderaan tersebut kini berada dalam pemantauan pihaknya dan tindakan lanjut termasuk menahan pemandu kenderaan akan dijalankan pada bila-bila masa.

Katanya, semua kenderaan itu dikesan selepas memasuki kawasan bersempadan iaitu di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, Pengkalan Kubor, Tumpat dan ICQS Bukit Bunga di Jeli.

“Kebanyakan kenderaan tersebut adalah yang memasuki ke negeri ini melalui ICQS Rantau Panjang.

“Bagaimanapun, JPJ hanya boleh membuat kawalan dan pemantauan di luar ICQS apabila pintu sempadan kini di bawah pihak operasi rintis Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS),” katanya pada Majlis Penutup Operasi HRA JPJ 2025 di Akademi JPJ Wilayah Timur, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di sini malam tadi.

Mohd. Misuari memberitahu, siasatan lanjut mendapati, kenderaan tersebut dipercayai membawa pekerja atau penumpang bagi urusan tertentu termasuk mengangkut mereka pulang ke Thailand.

Menurutnya, operasi tersebut sentiasa dijalankan untuk mengambil tindakan kepada kenderaan asing yang menyalahi peraturan ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI