fbpx

2 maut pesawat ringan terhempas di litar lumba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat menjalankan operasi di litar lumba Darley Moor dekat Ashbourne semalam. - BBC

LONDON – Dua lelaki maut selepas sebuah pesawat ringan yang dinaiki mereka terhempas di sebuah litar lumba di England, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Pesawat ringan jenis glider itu terhempas sekitar pukul 11.30 pagi (waktu tempatan) di litar lumba Darley Moor dekat bandar Ashbourne, Derbyshire. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Derbyshire dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima laporan nahas membabitkan sebuah pesawat ringan pada pukul 11.25 pagi (waktu tempatan). 

Jurucakap Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) berkata: “Kami turut menerima laporan berhubung nahas di kawasan Ashbourne, Derbyshire. 

“Kami telah mengerahkan pasukan pemeriksa untuk menjalankan siasatan,” tambah jurucakap AAIB. 

Orang ramai diberi amaran untuk menjauhkan diri daripada kawasan berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI